Friday, January 14, 2011

Air Terjun Kota Tinggi - (tempat pelancongan di Malaysia)

Tempat pelancongan di Malaysia


Kota Tinggi merupakan salah sebuah daerah bagi negeri Johor. Jarak di antara kota tinggi dari bandaraya Johor Baharu lebih kurang 42 km dengan keluasan daerah kira-kira 3488.7 kilometer persegi. Ekonomi utama daerah ini ialah perladangan seperti kelapa sawit getah dan pertanian-pertanian lain  di samping dengan aktiviti perikanan di persisiran pantai di Tanjung Sedili.

Antara tempat-tempat menarik di  Kota Tinggi ialah Air Terjun Kota Tinggi,16 km dari bandar Kota Tinggi. Air terjun ini terletak di kaki Gunung Muntahk yang berkentinggian 634 meter telah menarik ramai pengunjung betandang ke sini. Air sungai yang dingin dan mengalir melintasi beberapa kolam yang cetak sangat sesuai untuk aktiviti berenang. Sekiranya ada ingin bertandang ke sini, saya mencadangkan supaya datang pada hari isnin sehingga jumaat, kerana pada hari minggu terlalu ramai pengunjung yang datang kemari..

Selain daripada keindahan Air Terjun Bukit Tinggi, bagi yang meminati suasana hutan, Hutan Lipur Panti sedia menerima kunjungan anda sekeluarga. Bagi orang yang sukakan aktiviti pendakian, anda boleh menguji keupayaan anda di Gunung Panti dan Gunung Muntahak.

Post : Air Terjun Kota Tinggi – Tempat Pelancongan di Malaysia