Thursday, October 6, 2011

Hutan Lipur Chamang, Bentong Pahang- Tempat pelancongan di Malaysia

Tempat pelancongan di Malaysia






HUTAN LIPUR SUNGAI CHAMANG terletak di Hutan Simpan Bukit Tinggi yang mempunyai jenis Hutan Dilitupi oleh Bukit. Hutan Lipur Chamang yang dulunya dikenali dengan nama Air Terjun Chamang terletak kira-kira 8km dari bandar Bentong, Pahang. Ia terletak dalam Kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Bukit Tinggi. Jarak dari Kuala Lumpur kira-kira 69 km.


Keunikan hutan lipur ini ialah air terjun dan jeram yang mengalir deras serta pelbagai rupa dan bentuk hamparan batu yang terdapat di sini. Kawasan hutan lipur ini juga terdapat pelbagai spesies tumbuh-tumbuhan, serangga, burung, reptilia yang unik lagi mengkagumkan.




PELBAGAI aktiviti boleh dijalankan di sini seperti mandi-manda, berkhelah, berkhemah, trekking dan jogging. Pengunjung juga boleh bersiar-siar dan melihat hidupan liar yang terdapat di kawasan ini.

Kawasan Air Terjun Chamang ni jugak ada meyediakan jambatan gantung. Bagi sesiapa yang tak pernah rasa naik jambatan gantung, ni masanye korang nak rasa pengalaman naik jambatan gantung. Dari atas jambatan gantung ni korang akan dapat lihat pemandangan yang cukup cantik dengan air yang mengalir kat bawah jambatan tu.

kemudahan yang ada di sini :

1. Kawasan letak kereta percuma yg luas.
2. Kawasan perkhemahan
3. Tempat BBQ
4. Tandas
5. Tempat bersalin pakaian dan mandi






Tempat Pelancoangan di malaysia

Thursday, January 20, 2011

Langkawi - Dataran Lang Langkawi


Tempat pelaancongan di Malaysia: Langkawi - Dataran Lang Langkawi

Info Langkawi:
Langkawi, merupakan gugusan 99 kepulauan dipisahkan daripada tanah besar oleh Selat Melaka, merupakan salah sebuah daerah di bawah negeri Kedah. Ia terletak 51 kilometer di barat negeri Jelapang Padi itu. keluasan keseluruhan Langkawi termasuk kepulauan di sekelilingnya adalah kira-kira 47,848 hektar. Langkawi itu sendiri mempunyai keluasan 32,000 hektar. Sebagai pulau utama, panjang Langkawi dari hujung ke hujung ialah 25 kilometer. Kawasan luar persisirnya mempunyai struktur binaan batu kapur. Dua pertiga Langkawi diliputi gunung-ganang berhutan, bukit-bukau dan tumbuhan-tumbuhan asal. 

Menurut Lagenda, Langkawi mendapat nama dari perkataan 'Lang' yang merupakan nama ringkasan dari perkataan 'helang'. Manakala untuk perkataan 'kawi' mengikut istilah melayu kuno bermaksut coklat. Oleh itu, Langkawi bermaksud Helang Coklat . 


Dataran Helang merupakan mercu tanda bagi Langkawi dan juga menjadi tumpuan pelancong yang datang ke sini. Dataran Lang terletak berhampiran dengan jeti Kuah .Tarikan utama ialah arca seekor Burung helang setinggi 12 meter dengan sayap berkepak siap sedia untuk menyusur keudara menjadikannya ia satu pemandangan yang mengkagumkan untuk diihat terutamanya pada sebelah malan. Pada sebelah malam Keseluruh Dataran Lang akan diterangi dengan lampu-lampu serta cahaya daripada kapal-kapal yang berlabuh menjadikan pemandangan di Dataran Lang ini sungguh menakjubkan terutamanya daripada pemandanga dari arah laut. 

Di dataran Lang juga terdapat sebuah tasik, restoran, jeti dan teres yang berbumbung . Kedudukkannya yang berdekatan dengan pantai menjadikan Dataran Lang sebuah tempat yang menarik bagi pengunjung untuk bersiar-siar dan juga menikmati makan malam. Di samping itu Dataran Lang juga terletak bersebelahan Taman Lagenda Langkawi  


Post: tempat pelancongan di malaysia - langkawi-dataran lang langkawi

Friday, January 14, 2011

Air Terjun Kota Tinggi - (tempat pelancongan di Malaysia)

Tempat pelancongan di Malaysia


Kota Tinggi merupakan salah sebuah daerah bagi negeri Johor. Jarak di antara kota tinggi dari bandaraya Johor Baharu lebih kurang 42 km dengan keluasan daerah kira-kira 3488.7 kilometer persegi. Ekonomi utama daerah ini ialah perladangan seperti kelapa sawit getah dan pertanian-pertanian lain  di samping dengan aktiviti perikanan di persisiran pantai di Tanjung Sedili.

Antara tempat-tempat menarik di  Kota Tinggi ialah Air Terjun Kota Tinggi,16 km dari bandar Kota Tinggi. Air terjun ini terletak di kaki Gunung Muntahk yang berkentinggian 634 meter telah menarik ramai pengunjung betandang ke sini. Air sungai yang dingin dan mengalir melintasi beberapa kolam yang cetak sangat sesuai untuk aktiviti berenang. Sekiranya ada ingin bertandang ke sini, saya mencadangkan supaya datang pada hari isnin sehingga jumaat, kerana pada hari minggu terlalu ramai pengunjung yang datang kemari..

Selain daripada keindahan Air Terjun Bukit Tinggi, bagi yang meminati suasana hutan, Hutan Lipur Panti sedia menerima kunjungan anda sekeluarga. Bagi orang yang sukakan aktiviti pendakian, anda boleh menguji keupayaan anda di Gunung Panti dan Gunung Muntahak.

Post : Air Terjun Kota Tinggi – Tempat Pelancongan di Malaysia