Thursday, October 6, 2011

Hutan Lipur Chamang, Bentong Pahang- Tempat pelancongan di Malaysia

Tempat pelancongan di Malaysia






HUTAN LIPUR SUNGAI CHAMANG terletak di Hutan Simpan Bukit Tinggi yang mempunyai jenis Hutan Dilitupi oleh Bukit. Hutan Lipur Chamang yang dulunya dikenali dengan nama Air Terjun Chamang terletak kira-kira 8km dari bandar Bentong, Pahang. Ia terletak dalam Kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Bukit Tinggi. Jarak dari Kuala Lumpur kira-kira 69 km.


Keunikan hutan lipur ini ialah air terjun dan jeram yang mengalir deras serta pelbagai rupa dan bentuk hamparan batu yang terdapat di sini. Kawasan hutan lipur ini juga terdapat pelbagai spesies tumbuh-tumbuhan, serangga, burung, reptilia yang unik lagi mengkagumkan.




PELBAGAI aktiviti boleh dijalankan di sini seperti mandi-manda, berkhelah, berkhemah, trekking dan jogging. Pengunjung juga boleh bersiar-siar dan melihat hidupan liar yang terdapat di kawasan ini.

Kawasan Air Terjun Chamang ni jugak ada meyediakan jambatan gantung. Bagi sesiapa yang tak pernah rasa naik jambatan gantung, ni masanye korang nak rasa pengalaman naik jambatan gantung. Dari atas jambatan gantung ni korang akan dapat lihat pemandangan yang cukup cantik dengan air yang mengalir kat bawah jambatan tu.

kemudahan yang ada di sini :

1. Kawasan letak kereta percuma yg luas.
2. Kawasan perkhemahan
3. Tempat BBQ
4. Tandas
5. Tempat bersalin pakaian dan mandi






Tempat Pelancoangan di malaysia